Monday, 23 April 2012

MEET OUR FUTURE BRIDE, NUR FUZAINA BINTI ALIAS

wahhhhhhhhhhhhh, seronok....

bile tengok member MIMA time sekolah dolu.... dah tunang, tak lame lagi da nak kahwin, SEMAKIN HARI TERASA SEMAKIN TUA LA PLAK.... hahhaha....

MEET OUR FUTURE BRIDE, NUR FUZAINA BINTI ALIAS.

DULU..
mase zaman muda-muda kami, heheheheh.... die always kate... 'IMA, aku rase la kan, ko yang akan kahwin dulu dari kitorang, sebab....... (sambung ayat anda mengikut kreativiti anda sendiri.. hehehhe...)'

Tetapiiiiiiiii.. hahhahah... da jodoh my fren FUZ... nampak gayoye dio la yang naik pelamin dolu... ape pon... 'SEMOGA.... BAHAGIA KE ANAK CUCU DAN SEMOGA PERSAHABATAN KITE KEKAL SAMPAI ANAK CUCU, T LEY JODOH-JODOH KAN'    hahahahah...

wahhhh, FUZ yang nak kahwin MIMA yang excited.... SEROONOKKKK...
yeayyyyyyyhhhh.. CONGRATES.... MY FWEN.... LOVE U!!!!

Wednesday, 18 April 2012

ISTIQAMAH DALAM BERAMAL



Istiqamah pada istilah bahasa ialah tetap atau berperaturan. Jika dipraktikkan di dalam kehidupan kita banyak menfaatnya. Istiqamah di dalam beramal boleh membantu kita di dalam mengawal dan membenteng iman dari gangguan musuh iaitu syaitan dan hawa nafsu. Dari situ tidak ada peluang untuk syaitan dan nafsu untuk menggoda kita. Bertitik tolak dari situlah iman dapat dipertahankan. Selanjutnya amalan secara istiqamah dapat membuahkan iman dan akhlak yang mulia. Kemantapan iman bagi mereka yang beristiqamah di dalam amalannya akan bertapak dihati. Lama kelamaan kita akan merasakan kestabilan di dalam diri, malah ia akan sentiasa menjangkau kepada tahap iman yang lebih tinggi dan sempurna.Bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal walaupun sedikit."

Amalan secara istiqamah mengajar kita agar sentiasa merasakan nikmat beramal kerana setiap amalan yang dilakukan dengan hati dan jiwa, ianya akan mendatangkan rasa lazat dan nikmat. Amalan secara istiqamah walaupun dilaksanakan secara sedikit, pada tiap-tiap hari adalah lebih baik daripada melakukan amalan secara banyak-banyak tetapi pada masa yang tertentu. Kita boleh membuat perbandingan dan melihat sendiri kesan dalam amalan istiqamah pada tindakan alam umpamanya setitik air yang terus menerus menitik di atas batu, lama kelamaan ia akan melekukan batu tersebut. Akan tetapi, jika banjir yang berlaku hanya sekali sekala, tidak akan dapat memberi bekas pada batu tersebut.

Banyak diantara kita yang tidak tahu bahawa mengetahui betapa besarnya fadhilat bagi sesiapa yang beristiqamah di dalam amalannya. Amalan yang dilakukan bukan atas dasar istiqamah, kebanyakkannya lahir daripada semangat yang hanya bersifat sementara bukan lahirnya dari hati, lebih-lebih lagi bukan lahir dari kesedaran, keinsafan serta kehambaan kepada Allah s.w.t. Umpamanya pada satu hari kita ke majlis kematian, maka sudah tentulah kita bila balik ke rumah datang suatu perasaan takut akan mati, kiranya kita mati tanpa membawa iman dan amal. Akan datang juga perasaan yang mencengkam jiwa kita umpamanya hati kecil kita akan berkata " Hari ini sahabat aku mati, mungkin tidak lama lagi aku akan menyusulnya dari belakang untuk bertemu dengan Tuhan Rabbul Jalil. Apakah persiapan aku untuk bertemu Allah?. Apakah jawapan yang akan ku jawab nanti apabila ditanya oleh malaikat Mungkar dan Nangkir?"

Maka sehari dua sekembalinya kita dari menyaksikan sekujur tubuh yang terbujur kaku akan sentiasa memberikan rasa keinsafan dihati, justeru itu lahirlah pada hati kita untuk kita beramal banyak-banyak dan sungguh-sungguh. Maka bersembahyang sunatlah kita pada sehari dua hingga bengkak-bengkak kaki, lupa hendak makan, lupa hendak mandi, dan seolah-olah tidak mahu berehat dari beribadah. Akan tetapi setelah beberapa hari berlalu, peristiwa kematian akan luput dari fikiran, maka penyakit jemu dan malas pula semakin menguasai diri. Akhirnya lama kelamaan, bukan hanya amalan sembahyang sunat semakin jarang dilakukan tetapi sembahyang fardhu pun semakin diabaikan. Maksiat yang ditinggalkan di dalam tempoh dua tiga hari diulangnya kembali. Apakata andainya di waktu itu Allah mencabut nyawa kita, tidakkah kita ketika itu termasuk ke dalam golongan orang yang malang kerana matinya kita itu di dalam su'ul khatimah (mati di dalam keadaan derhaka kepada Allah).

Perasaan jemu akan menghantui diri kita apabila kita beramal bukan atas dasar istiqamah. Untuk mengelakkan perasaan demikian, maka hendaklah melakukan setiap amalan atas dasar kehambaan kepada Allah. Setiap amalan yang hendak dilakukan perlulah benar-benar ikhlas dan kerana Allah, untuk Allah semata-mata. Tidak kerana orang lain, kerana terikut-ikut, kerana malu dan sebagainya. Amalan yang dilakukan hendaklah dengan suka rela, bukan kerana dipaksa atau dipaksa.Andaikata perasaan jemu seringkali memburu kita, ingatlah kembali akan firman Allah di dalam hadith qudsi yang bermaksud: "Hai hamba-hambaKu, mengapa kamu jemu beramal sedangkan Aku (Tuhanmu) tidak pernah jemu memberi pahala untukmu."Andainya perasaan malas sering menguasai diri kita, maka tanamkan keyakinan pada diri bahawa setiap amalan yang dilakukan walaupun sedikit tetapi ikhlas ada penilaiannya disisi Allah.

Untuk mendapatkan jiwa yang istiqamah di dalam beramal, kita hendaklah seringkali berdoa, mohon pada Allah agar kita sentiasa diberi oleh Allah bimbingan olehNya. Mintalah kepada Allah agar dikurniakan kita dengan sekeping hati yang sentiasa ghairah untuk beribadah walau dengan keadaan bagaimana sekalipun. Perlu juga diingatkan kepada diri bahawa kita beramal tanpa istiqamah, maka bertitik tolak dari situlah akan membuktikan bahawa cinta kita kepada Allah mengikut masa sedangkan Allah mengasihi hambanya sepanjang masa. Sebagai buktinya, setiap saat dan waktu, nikmat Allah sentiasa melimpah ruah dengan berbagai-bagai nikmat.

Begitulah Maha pemurah dan Maha Penyayangnya Allah. Oleh itu marilah kita sama-sama berazam dan menanamkan cita-cita untuk beristiqamah di dalam beramal. Semoga di dalam azam dan cita-cita kita itu yang dibuktikan oleh perbuatan kita akan dinilai oleh Allah s.w.t dan dengan amalan istiqamah itulah mudah-mudahan dapat meningkatkan darjat kita di sisi Tuhan Rabbul Jalil di akhirat kelak.




SUMBER = LAMAN MAYA, muhasabah diri (^_^)

Tuesday, 17 April 2012

THINK POSITIF

TOPIK ARINIE, THINK POSITIF...

kadang2.... bile terlalu pikir positif, memakan diri.. abes.. nak buat cmne... hati nie.. rase macam de yang tak kene la pulak.. sampai bile nak pikir positif jea.

ADAKAH RELEVAN SEKIRANYA SENTIASA MENERIMA SEGALA ALASAN YANG KADANG-KADANG TU TAK MASUK AKAL?
ADAKAH RELEVAN SEKIRANYA SENTIASA BERI PELUANG KEDUA KETIGA DAN SETERUSNYA? 
ADAKAH RELEVAN BERFIKIRAN POSITIF SEKIRANYA TERDAPAT BEBERAPA TANDA-TANDA KECURANGAN?
JADI..... APAKAH JALAN PENYELESAIAN KONFLIK ????


NIE LA, SITUASI MIMA... MIMA SEBENARYE DA TAK TAU NAK BUAT APE... SEBAB.. MIMA TAK TEGAS... TAK TAU CAMNE NAK MARAH, TAK TAU CAMNE NAK LUAHKAN KETIDAKPUASHATIAN.. JADI.. CARA YANG MIMA BUAT, HANYA MENCUBA BERFIKIRAN POSITIF.. DAN POSITIF.... WALAUPON, BENDE TU NEGATIF... 





PERASAAN YANG TERPENDAM...... TAK TERLUAH



Monday, 16 April 2012

sahabat

duk2 termenung.... teringat kawan2..... hurm... rindu la kat korang.. heheheeh... 
tapi.. disebabkan kesibukan yang melanda....... 
walau bagaimanapun, bak kate salah seorang sahabat... 
walau sibuk macam mane pon.... sekurang-kurangye... mesej say 'hye' ke... 
makneye.... sibuk bukan alasan... aduhaiiiii.... kawan....

rase2 la kan... saya at atas pokok ke at tanah? haahahahah... jahat kan diorang nie... suruh panjat pokok walau pakai baju kurung


 mase nie, tengah lepak... sambel membincangkan isu semasa.... atau erti kata lain... mengumpat.. hahaahaa

kami nie, kategori, ahli mesyuarat tingkap... even, mereka nie lelaki.. tapi... kalau mengumpat... kalah saya yang perempuan nie... 
ooooopppps.... hahaah.. kantoi sudah...

diorang nie la.. sahabat sejati saya.. nie sebahagian jea.. ade lagi..... saya takde adek beradek lelaki... so... mereka nie, abang-abang saya.. mak ayah saya kenal sangat dengan mereka nie.... kami semua da macam adek beradek... bak kate pepatah... cubit peha kanan, peha kiri terasa... sayang lebeyh la dengan diorang nie.. kalo nak buat calon menantu pon.. saya ley tolong rekomen kan.. hahahahha.... (poyo jea) menantu pilihan la konon.... muke jea macam penyangak.... tapi... hati..... suci dalam debu... semangat setia kawan yang wujud dalam diri mereka.. membuatkan..... hubungan kami bertambah erat.

saya bersyukur... sebab... dapat sahabat macam mereka nie.... alhamdulillah........





SINGKAP KEMBALI

nie, kengkwn zaman sekolah dolu2, tahun 2007 spm.... muka masing-masing nampak 'innocent' jea an?.


nie, pertemuan kami yang ke-1, sejak abes spm..


reunion yang ke-2, nak sambut birthday gurl... shabana... sambel tu, amik kesempatanla.. hehhehe.. berkumpul...

semoga... persahabatan kami kekal sampai akhir hayat


ASSALAMUALAIKUM...


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.


Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.


saiemah samsuri nama diberi, 
datang ke sini nak kongsi stori,
rakan-rakan yang ade at sini,
salam perkenalan saya mulai.