Tuesday, 23 October 2012

BOLA.... BOLA.... BOLA...

BOLA...... BOLA...... BOLA...

SABTU... 20 OKTOBER 2012...

KELANTAN VS ATM

MASE TU MIMA MASUK OPIS... DALAM PUKUL 10... NAK MASUK OFFICE.. RESTORAN DEPAN OFFICE PENUH DENGAN TEAM 'THE RED WARRIORS'.... WAHH... SEMANGAT... THEN... MIMA BLIK PUKUL 3 PETANG... PERSIARAN KAYANGAN DAN PERSIARAN SUKAN DAH MULA 'JEM'.. SO... MIMA AN... PAKAI KERETA TAKDE VIPER (MOTOR)... TAKDE MASALAH.. CILOK2 JELA... HEHEEHE.... MUKE BANGGA JE DAPAT MELEPASI HALANGAN BERLIKU TU... KEHKEHEKEH..

MALAM.. MIMA LEPAK RESTORAN MAMA CORNER YANG TERLETAK DI PENDAMARAN JAYA.. SEBELAH SEVEN ELEVEN... DOK LAYAN BOLA.... TAKDE LA RAMAI PON.. MEMBER-MEMBER JEA... TAPI.. BEST JUGAK.. DAH LAME TAK LAYAN BOLA DENGAN DORANG...

JERITAN DAN SORAKAN DORANG.. MEMECAH KESUNYIAN MALAM... THAT'S WAS GREAT...

SAMBEL TENGOK BOLA.. DAPAT LA GAK PEKENE BAKSO MAMA + AIR SKY JUICE + AISKRIM PADDLE POP RAINBOW (FROM SEVEN ELEVEN SEBELAH)...
HOHOHOH... APTB... DAK LAIN DOK BERSORAK.. MIMA SEBOK BERBORAK DENGAN SYAMIM (AWEK MEMBER)... TAK PASAL2 KENE PERLI.... 'WOIIII.... TENGOK BOLA LA WEYH.. SEBOK NAK MENYEMBANG'.. SO.. CAM BIASE.... 'ADE AKU KESAH'...

BILE LAYAN BOLA MIMA SKE BAHAGIAN DORANG JARINGKAN GOL JE.. KALO TAK.. MIMA BUAT LA AKTIVITI LAIN... TAPI.. MALAM TU.. GAME YE... MENARIK... SEBAB.. ATM  JARINGKAN GOL TAK SAMPAI BEBERAPA MINIT.. SEKILAS PANDANG.. KELANTAN LAK SCORE.. HEBAT LA.... MEMANG SAINGAN YANG AGAK SENGET.. MUNGKIN SEBAB SOKONGAN PENONTON... PENUH SEKSYEN 13... DENGAN PENYOKONG 'THE RED WARRIORS'... AWAL PAGI DA BERTAPAK KAT SINI.... BAGUS3...
APE PON TAHNIAH..

MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA...
NIE... MIMA NAK PROMO...  VIDEO YANG KINI MELETOOOPPPPS KAT YOUTUBE.... KAWAN MIMA KATE.. COMEL LA KORANG... APE PON.. SODAP SUARO...


video

P/S =  JARANG GADIS-GADIS FOKUS 100% TENGOK BOLA... KEHKEHKEH...

Tuesday, 16 October 2012

OKTOBER'S SONG

CINTA INI MEMBUNUH KU

video


REDHA


video


~BUDAK MUDA BERCOUPLE suka menyebut soal 'HAK'..lelaki itu 'hak' dia sebab dah jadi "BOYFREN" dia..perempuan itu 'hak' dia sebab dah jadi "GIRLFREN" dia..bila ada yang kacau 'hak' tersebut, BERLAKULAH PERGADUHAN sesama mereka..

~LELAKI BERGADUH sampai BERTUMBUK-TUMBUK..
PEREMPUAN BERGADUH sampai TARIK-TARIK RAMBUT..

~DENGAR SINI ANAK MUDA, sebelum bising 'MEMPERTAHANKAN HAK' kamu, cuba PERIKSA balik :
~ Perempuan itu HAK BAPA dia, kalau mahu dapat hak tersebut..SILA BERJUMPA dengan bapanya terlebih dulu..
~ Lelaki itu HAK IBU dia, sudah cukup tertunaikah TANGGUNGJAWAB dia sebagai ANAK LELAKI kepada ibunya sendiri?

~Jika tidak, JANGAN SIBUK sangat bercerita pasal 'hak', jika hak yang sepatutnya TIDAK KAMU TUNAIKAN..HAK ALLAH pun masih belum TERJAGA, berani benar menyebut pasal hak..

:: Periksa balik apa HAK kita pd ALLAH & sesama MANUSIA ::




Monday, 15 October 2012

KEMULIAAN AKAL MENURUT ISLAM


KETIKA MEREKA MENABUR RACUN, KAU HULURKANLAH MADU..
KETIKA MEREKA MENABUR BENCI, KAU SULAMKANLAH CINTA..
KETIKA MEREKA MENABUR JANJI PALSU, KAU SENYUMLAH PENUH PENGERTIAN
KETIKA MEREKA MENABUR PENGHINAAN, KAU HADIAHKANLAH WANGIAN
KETIKA MEREKA MENABUR FITNAH, KAU UCAPLAH TERIMA KASIH
KETIKA MEREKA MENGUJI KESABARAN, KAU UCAPLAH ALHAMDULILLAH
DISAAT KITA TERJATUH, TERSENYUMLAH KERANA ORANG YANG PERNAH JATUH ADALAH ORANG YANG SEDANG BERJALAN MENUJU KEJAYAAN

ALLAH MAHA MENGETAHUI...
SETIAP YANG TERSEMBUNYI...
SETIAP YANG TERSELINDUNG...
SETIAP PERKARA...

ALLAH MENGURNIAKAN AKAL FIKIRAN..
GUNAKANLAH AKAL
SUPAYA TIDAK TERTIPU DENGAN HASUTAN SYAITAN
SUPAYA MENCARI KEBENARAN DALAM KELAM
SUPAYA MAMPU MEMPERTAHANKAN HAK YANG DI TINDAS
BERFIKIRLAH... SEBELUM TERLAMBAT... CARILAH KEBENARAN...


Kemuliaan akal menurut Islam


Akal adalah neraca dalam menentukan kebaikan dan keburukan. Keistimewaan inilah yang menyebabkan manusia dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah Allah s.w.t yang tidak mampu dipikul oleh langit, bumi dan gunung-ganang. Dengan panduan wahyu daripada Allah s.w.t, manusia telah diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Kebahagiaan dan kesengsaraan abadi manusia di hari akhirat turut ditentukan oleh penilaian dan kebijaksanaan akalnya. Pengakuan yang dikemukakan oleh penghuni neraka begitu jelas menggambarkan realiti ini. (Mereka berkata; Jika kami mendengar dan berfikir nescaya kami tidak akan tergolong bersama ahli neraka, surah al-Mulk, ayat 10.

Demikian juga konsep taklif (tanggungjawab) dalam Islam yang menitikberatkan tentang akal apabila hanya golongan yang berakal sahaja yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan sesuatu ibadah kepada Allah s.w.t, sedangkan mereka yang tidak berakal dikecualikan.

Menerusi akal, manusia berpeluang meningkatkan pencapaian dirinya sama ada untuk kehidupan dunia ataupun bekalan di hari akhirat.

Merujuk kepada perantara langsung di antara Allah s.w.t dan hamba-Nya iaitu al-Quran, kita dapati akal merupakan asas kepada penghujahan Allah s.w.t ke atas makhluk-Nya. Jika diteliti terdapat begitu banyak ayat al-Quran yang memperkatakan tentang penggunaan akal seperti ta'qilun, tafakkarun dan tadabbarun.
Pujian diberikan kepada mereka yang menggunakan akal yang membawa kepada keimanan dan ketakwaan terhadap Allah s.w.t, manakala celaan pula ditujukan kepada mereka yang mengabaikan proses penggunaan akal tersebut menuju kebenaran dan keimanan.

Al-Quran memberikan kedudukan yang istimewa kepada akal. Islam menjadikan berfikir sebagai satu kemestian ke atas semua manusia. Berfikir dianggap sebagai bentuk ibadah yang tertinggi. Perkara ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud: Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, maha suci Engkau. Maka lindungilah kami daripada azab neraka, surah al-Imran, ayat 190.

Demikian juga kita dapat melihat pandangan Islam yang begitu tinggi terhadap penggunaan akal fikiran yang membawa kepada perkembangan sains dan teknologi. Pemikiran ini seterusnya membawa kepada keyakinan tentang kewujudan dan keagungan Allah s.w.t.

Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 164, bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, perubahan malam dan siang serta kapal yang belayar di lautan membawa perkara yang memberi faedah kepada manusia, dan apa yang diturunkan Allah s.w.t dari langit dari air lalu dihidupkan dengannya bumi yang gersang dan menyebarkan padanya setiap kehidupan, melalukan angin dan awan yang ditundukkan di antara langit dan bumi, itu semua merupakan tanda (kekuasaan Allah s.w.t) bagi mereka yang berfikir.

Ayat ini menunjukkan hubungan yang rapat di antara kandungan alam maya dengan Allah s.w.t. Setelah menceritakan tentang realiti yang dapat dilihat di sekitar manusia dari langit, bumi, siang, malam dan perjalanan kapal di tengah lautan bergelora, kejadian hujan dan sebagainya yang perlu dikaji dan diselidiki oleh umat Islam untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia, Allah s.w.t mengakhiri ayat tersebut dengan menyatakan semua perkara itu adalah tanda bagi orang yang menggunakan fikirannya. Dengan kata lain, sebagai perantara untuk manusia mengakui kewujudan Allah s.w.t dan keagungan-Nya sebagai pencipta dan pentadbir alam ini.

Dari perspektif yang lebih jelas, ia memberitahu kita bahawa semua kejadian yang berlaku di dunia ini akan membawa kita kepada mengingati tentang kewujudan, kekuasaan, kebijaksanaan dan keagungan Allah s.w.t, dengan satu syarat iaitu melalui perantaraan akal yang sememangnya dianugerahkan kepada semua manusia.
Oleh itu, Allah s.w.t memandang rendah mereka yang tidak menggunakan anugerah akal fikiran yang diberikan untuk mengenal dan mendekatkan diri kepada-Nya. Mereka dihumbankan kepada kedudukan yang lebih hina daripada haiwan ternakan. Ini kerana mereka hanya menggunakan segala anugerah Allah s.w.t untuk kesenangan dan kemewahan duniawi semata-mata, seterusnya lalai daripada tujuan asal mereka dijadikan iaitu untuk mengenal dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dari sini kita dapat melihat perbezaan antara golongan ilmuwan yang beriman dengan Allah s.w.t dengan yang tidak beriman.

Golongan pertama akan menjadikan ilmu yang diperoleh untuk menambahkan lagi keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t, manakala golongan kedua pula hanya memusatkan ilmu mereka demi mencapai kesenangan dan kemewahan di dunia semata-mata.

Maka benarlah firman Allah s.w.t yang bermaksud Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah s.w.t adalah para alim ulama.

Yang pasti, gabungan antara akal dan wahyu akan memberikan manusia jalan kebenaran yang bersinar sebagaimana yang diajarkan oleh para rasul. Pengabaian terhadap salah satu daripada kedua sumber tersebut akan menjadikan perjalanan hidup manusia pincang, seterusnya membawa kepada kekecewaan dan kegagalan.

Menerusi wahyu yang disampaikan oleh para rasul, kita mengetahui di penghujung sana adanya hari kiamat. Pada hari tersebut manusia akan diperlihatkan setiap perbuatannya di dunia ini, daripada amalan kebaikan mahupun kejahatan biarpun sebesar zarah. Seterusnya mereka akan dibalas dengan pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya.

Sebagai seorang yang mempunyai akal yang rasional kita sewajarnya membuat persediaan untuk menghadapi hari tersebut. Kejayaan pada hari tersebut dapat dicapai apabila kita dicurahi rahmat Allah s.w.t. Kerahmatan ini pula dapat diperoleh dengan melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dan dalam masa yang sama menjauhi segala larangan-Nya.

Kesimpulannya, tugas akal yang paling mulia ialah apabila ia digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Apabila melihat kepada kejadian alam yang begitu hebat, tersusun dan indah ini, sewajarnyalah terdetik di hati kita ingatan terhadap Allah s.w.t yang Maha Agong yang mencipta alam ini.
Hasil daripada ingatan yang berterusan inilah manusia akan sentiasa hidup dalam lindungan rahmat Allah s.w.t, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Maka ingatilah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.
Oleh itu lihatlah kepada manusia, langit, bumi, kereta, komputer dan semuanya dan jadikanlah ia sebagai perantara untuk kita mengingati Allah s.w.t.

 Rencana Pilihan
Oleh Mohd Radhi Ibrahim

DUHAI HATI



SETIAP HARI.. JANTUNG BERDEGUP KENCANG...

PERSOALAN DEMI PERSOALAN BERMAIN DIFIKIRAN...
ADAKAH SUDAH MASE YE??
ADAKAH AKU PERLU BERDIAM DIRI??
ADAKAH AMAL IBADAT AKU DI TERIMA??
ADAKAH CUKUP BEKALAN KU INI??
ADAKAH IMAN DI DADA NIE CUKUP KUAT??
ADAKAH CINTA YANG LAHIR INI CINTA YANG MUTLAK UNTUKMU??

TERLALU BANYAK PERSOALAN... 
DUHAI HATI.. 
LEPASKANLAH PEKUNG DI DADA INI... 
LEPASKANLAH KEBIMBANGAN DI HATI INI...
LEPASKANLAH....
LEPASKANLAH...
LEPASKANLAH...


JIKA SAKIT YANG AKU ALAMI INI..
MAMPU MENCUCI DOSA KU DI MASA LALU..
AKU REDHA...

JIKA DUGAAN INI..
DUGAAN UNTUK MENGUJI KESABARAN DAN IMAN KU...
AKU REDHA...

JIKA AKU DIFITNAH...
TUNJUKKANLAH KEBENARAN SUPAYA MEREKA TIDAK TERUS MENERUS MENAMBAH DOSA UNTUK MEMFITNAH LAGI...
AGAR PAHALA AMALAN MEREKA TIDAK BERKURANGAN...

SEMOGA AKU CEKAL DAN TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI....
SEMOGA AKU TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG MEMBAWA KEMUNGKARAN...
SEMOGA AKU TERHINDAR DARI GEJALA ANEH YANG SEMAKIN MENULAR DI BUMI INI...
SEMOGA AKU DI KELILINGI OLEH UMAT YANG TAAT SEGALA PERINTAHMU...
SEMOGA AKU MENEMUI KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT...
SEMOGA AKU DAN HATI KU SENTIASA DEKAT DENGAN MU...



Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kursinya dari langit da bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

TENANGKAN LAH HATI INI





Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap

merasa mengantuk yg memberi ketenangan,

dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,

dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu

Engkaulah pemelihara ku….

sebaik2 pelindung dan penolong…



Thursday, 11 October 2012

LELAKI IDAMAN BIDADARI SYURGA


LELAKI SEJATI YANG BENAR-BENAR MENCINTAIMU TIDAK AKAN PERNAH BERANI MENYENTUHMU, MERAYU DAN MENYANJUNGMU DENGAN KATA-KATA SAYANG SEBELUM KAU HALAL BUATNYA.



MALAH DIA TAK MAMPU MEMBUATMU TERBUAI KE ANGKASA DALAM LAYANGAN CINTA SEMU YANG AKAN MENJURUSKANNYA KE NERAKA.TAK MAMPU PULA DIE TEGA MEMBIARKANMU BERADA DALAM KHAYALAN YANG PENUH DENGAN LUMPUR BERDURI.

SAHABAT...

DIALAH YANG KELAK AKAN DATANG BERSILATURRAHIM KE RUMAH ORANG TUAMU....
DIALAH YANG AKAN BERANI MELAMARMU....
DIALAH YANG BERSEDIA MENJAGAMU SEUMUR HIDUPMU...
DIALAH YANG AKAN BERUSAHA MEMBUATMU BAHAGIA...
DIALAH YANG MERASA HIDUPNYA SEMPURNA BILA HIDUP BERSAMAMU SELAMANYA....
DAN DIALAH INSAN PILIHAN, YANG TAK HANYA BERBEKAL IMAN, TAPI JUGA PANTAS MENJADI IMAM...

DIALAH DAMBAAN BIDADARI DUNIA, YANG DI RINDUKAN BIDADARI SYURGA..




video


Wednesday, 3 October 2012

PERSOALAN


MENGAPA???? KENAPA?? DIMANA??? BAGAIMANA??? SIAPA???

PERSOALAN YANG BERMAIN DIFIKIRAN... MASIH... MENJADI PERSOALAN... BELUM KETEMU JAWAPAN....

HANYA PERLU BERDIAM DIRI... MENGIMBAU KEMBALI PERISTIWA SILAM... MENGKAJI KESILAPAN LALU... ADAKAH MASIH ADA RUANG UNTUK KU? ADAKAH MASIH SEMPAT UNTUK AKU MEMBETULKAN KEADAAN???  SENTIASA MENJADI PERMAINAN DIFIKIRAN...

NAMUN..... KESILAPAN YANG LALU.... TETAP MENJADI PENGAJARAN.. TAPI.. ADAKAH... KISAH SILAM ITU AKAN BERBANGKIT??? ADAKAH IA AKAN TETAP SEPI APABILA KITA  MENERUSKAN KEHIDUPAN YANG PENUH RANJAU INI TANPA PERASAAN CURIGA ???

SENTIASA... PEPATAH MELAYU TERUNGKAP.... BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH... BUANG KISAH SILAM... BUKA BUKU BARU... TETAPI... ADAKAH... KITA SELESA UNTUK MENERUSKAN BUKU BARU???  ADAKAH BUKU BARU ITU MAMPU UNTUK MEMBANTU DIRI INI??? HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU.. APA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT.. NAMUN..... KITA MANUSIA BIASA... HANYA MAMPU BERDOA.. SUPAYA SETIAP PERMASALAHAN MENEMUI PENYELESAIAN.....

ALLAHUAKBAR.. ALLAH MAHA BESAR... SEMOGA APA YANG TERJADI KEKAL MENJADI PENGAJARAN DAN TELADAN...