Tuesday, 28 October 2014

TAMBUN TIME

THAT DAY,

Sebulan rancang percutian dengan kawan-kawan pergi Lost world of Tambun. Namun, gagal.. sebab ayah arif meninggal dunia,.. Selepas seminggu... kitorang dikejutkan satu rancangan pelik, arif masih mahu meneruskan ingin melupakan duka pada masa sama, pertemuan keluarga arif... demi sahabat... kehkeh.. kami pon proceed la...


dari kiri- farid, udin, mima, dila, adira dan arif


LOST WORLD TAMBUN


                                     



















GUNUNG LANG PULAK LA WEI









UNEXPECTED JOURNEY AGAIN... OKAYS.. ARIOS.. 

ASSALAMMUALAIKUM



Thursday, 9 October 2014

AKU RINDU - SESB

RINDU...

TAK TAHU NAK MULAKAN DARI MANE KISAH NIE...

AKU RINDU DENGAN....
KELUARGA KEDUA KU... 
MASIH DALAM INGATAN...
DULU, KINI, DAN SELAMANYA...
WARGA SAMUDRA ENGINEERS SD. BHD...


GAMBAR RAYA TAHUN 2012...


KADANG PENYESALAN DI LUBUK HATI...
TAPI... KEADAAN YANG MEMAKSA...
MASIH KAH BOLEH DIULANG....

AKU RINDU SUASANA NYA...
AKU RINDU KAWAN2...
AKU RINDU BOS2 NYA...
HINGGA...
DARI HARI FIRST AKU LETAK JAWATAN SEHINGGA KE HARI INI.. 
AKU MIMPI.. 
SEPERTI MASIH BERADA DISANA...

TAK TAHU APE MAKSUD NYA....
SEHINGGA TERMIMPI-MIMPI..
TAK KAN NIE PETANDA SUPAYA AKU KEMBALI KE SANA...

RINDU
RINDU
RINDU

TAK TERBENDUNG RASENYE PERASAAN NIE...



video



Sunday, 24 August 2014

ENGAGEMENT

HARI PERTUNANGAN KU..

MUSUH KU...
SAHABAT KU...
CINTA KU...

KISAH BERMULA.. ZAMAN FORM 2 (2004).. KELAS SAMA..
AKU BUDAK SKEMA (IKOT PERATURAN LA SANGAT KAN). KURANG DISENANGI AKIBAT SIKAP SKEMA...
JADI. ADE MAMAT NIE... UDIN NAMA NYA... BULAT, DEBAB DAN BOTAK. AKU PLAK, KURUS KERING, GELAP GELITA (CAM BONTOT KUALI) SENTIASA MENDAPAT PANDANGAN NEGATIF SEBAB KESKEMAAN AKU NIE.... HAHA...
SEHINGGA AYAT NIE KELUAR 'MALANG BETUL SAPE YANG DAPAT SAIEMAH NIE!!!'

NAK DIJADIKAN CERITA...
AFTER A FEW YEARS, KITORANG JADI SAHABAT BAIK... SEJAK BER'CAMPING' BERSAMA KAWAN-KAWAN SELALU... SIKAP AKU PON DAH TAK SESKEMA DULU.. OPEN MIND LA SIKIT KOT.. HEHE.. SO.. JADI LA BEST FRIEND...

SETERUSNYA... HANG OUT SANA.. SINI.. DIE LA ORANG YANG SELALU AKU ROGER...
IF ANY PROBLEM DIE AKAN LUAH KAT AKU.. BEGITU JUGA AKU.. TERLALU SELESA... DA MACAM ADEK BERADIK...

ONE DAY...
AYAT PERTAMA YANG KELUAR,
'SUDI TAK KAU JADI SAHABAT AKU SELAMA-LAMANYA'
BERTEMPAT DI TEMBOK DEPAN UMAH,
JAWAPANNYA :
'IF MAK AKU SETUJU, AK PROCEED, IF TAK... AK PON XTAW.. SO... AKU TANYE FAMILY AK.. KO PON, TANYE FAMILY KO.. T KITE CONFIRM KAN BALIK...'

DAN MASING-MASING MENERUSKAN MISI MASING-MASING....

KEDUA-DUA PIHAK DAPAT GREEN LIGHT...

BULAN 4 : MERISIK

HUI... BERDEBAR BAQ HANG... EVEN KITORANG MEMBER / BEST BUDDIES PON.. DIE PUNYER NERVOUS TU.... MENYOROK BELAKANG PETI AIS GAK R... MASE MAK DIE SARUNG CINCIN... AKU YANG POPULAR DENGAN MULUT BISING... HANYA MAMPU TERSENYUM... (GADIS  SANGAT KAN... KETIKA ITU JELA). TARIKH TUNANG PON DI TETAPKAN... MALUUUU WEI.. NGAM JE MAK DIE KUAR DARI PINTU.. PHUH... DATANG BALIK AURA NAKAL.. HAHAHA..

24.8.2014 : PERTUNANGAN

ALHAMDULILLAH.. SEMUA BERJALAN LANCAR... RAKAN-RAKAN, SAUDARA MARA, JIRAN TETANGGA... BANYAK MEMBANTU... RAMAI TAK PERCAYA.. TAPI.. NIE LA JODOH.. HEHE... TU LA.. DULU BELAGAK SANGAT KAN....

AKHIRNYA,
BERMULA LAH HIDUP SEBAGAI TUNANG ORANG,
BANYAK CABARAN DAN DUGAAN,
YANG DULUNYA HANYA SEBAGAI MUSUH....
































MUSUH KU,
SAHABAT KU, 
CINTA KU...






Tuesday, 24 June 2014

KAKAK KESAYANGAN

PADA 19.6.2014,
MERUPAKAN HARI YANG AMAT PILU DAN SEDIH BUAT KAMI SEKELUARGA.
PEMERGIAN KAKAK KESAYANGAN UNTUK SELAMANYA.
NAMUN,, KAMI REDHA DENGAN PEMERGIANNYA...

KINI, AKU LAH IBU MEREKA,
TEMPAT MENGADU KASIH.
SEMOGA ANAK-ANAK INI MENJADI INSAN YANG BERGUNA..
SEMOGA MEREKA BERJAYA DALAM KEHIDUPAN MEREKA..





Bingkisan hati kecilku buat kakakku yang tersayang..

Angah.
5.3.1979...lahirlah kau di dunia ini,
SURAYA BINTI SAMSURI namamu diberi,
Penambah seri hidup abah dan mak kami..

Angah,
Kau lah anak yg sangat sempurna dimata abah n mak kami,
Kau lah kakak yg sangat hebat buat kami..
Kau lah ibu yg sangat penyayang buat anak2 mu...
Kau lah isteri yg solehah buat suamimu..

Angah,
Jujur ku katakan kau sangat kental..
Lalui derita sakit buah pinggang sepanjang 6 tahun ini,,
Dengan tabah dan sabar....

Angah,
19.6.2014..kami redha dengan pemergianmu menghadap illahi...

Kini kau tiada lagi disisi...
Namun detik-detik waktu bersamamu tidak akan kami lupakan...
kan ku kenang sepanjang hayatku...
Wajah dan senyuman manismu akan tersemat simpan di mata dan di hati kami...

Angah..
Hanya titip2 doa yg dapat kami berikan untukmu ...
Tenanglah kau di sana...
Damailah kau di sana...

YA ALLAH SWT..
Jagalah angah di sana untuk kami....
Lindungilah dia...
Tempatkanlah dia disyurgaMU...AMIN..




DARI KIRI ALANG, ANGAH, PAK ANJANG, MIMA

Thursday, 3 April 2014

PERMOHONAN POLIGAMI

HIIHIIHIHI... TERSENYUM BILA MELIHAT SURAT RASMI NIE..... KELAKAR.. CAMNE AGAKYE... KALAU BETUL2 DAPAT SURAT NIE.. 



Lawak was-ep Surat rasmi dr Suami utk tambah kuota!!!
Razaki Hamid
No 39, Jalan Dedap 9,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.
Rohana Jalil
No 39, Jalan Dedap 9,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.
Puan,
PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suamimu...
-------------------------
Ni surat jawapan kepada yang nak tambah kuota...[\Down]
Kepada:
En. Razaki
Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.
2. Untuk makluman pihak tuan, ini bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh. Tambahan kuota ini pastinya menyusahkan pihak tuan di kemudian hari.
3. Pihak saya juga berminat untuk mengenali perempuan tak sedar diri tu, macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni. Saya juga bersedia untuk 'mencili-cilikan' perempuan itu dengan pihak tuan sekali pada bila2 masa.
3. Pihak tuan selalu kata tiada duit nak beli itu ini. Tapi nak kahwin punya fasal semua duit simpanan pihak tuan sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.
4. Pihak tuan cakap kata untung dua-dua pihak? Cantik muka tuan...ingat niaga barang ke! Sebenarnya pihak tuanlah yang mengaut keuntungan 100% hasil penambahan kuota itu, sedangkan saya tidak mendapat apa2. Oleh itu, saya tidak dapat menerima permohonan yang menguntungkan sebelah pihak ini.
5. Pihak tuan juga sesedap mulut mengata saya tong drum, sedangkan tuan sendiri tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda! Itu pun ada hati nak kahwin lagi konon.
6. Kongsi? Tuan ingat ni kereta ke? Sedangkan tidak berkongsi pun tuan jarang2 'memberi nafkah', inikan pula berkongsi.
7. Kerja syif? Saya ingin menegaskan ini bukan kerja kilang. Tambahan pula dengan 'prestasi kerja' tuan yang kian merosot, saya yakin tuan tidak mampu menjalankan 'tanggungjawab' sebagai penyelia dengan berkesan. Saya selaku orang yang diselia oleh pihak tuan amat arif tentang 'prestasi' tuan yang tidak seberapa.
8. Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau tuan berani balik la rumah, kita . sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.
Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah .
Terima kasih,


SUMBER   :- FACEBOOK

Thursday, 13 March 2014

MENJAGA HATI




TERINGAT SATU KATA-KATA DARI SESEORANG YANG ISTIMEWA....
SATU AYAT YANG MEMBAWA SERIBU PENGERTIAN
SATU AYAT YANG MEMPUNYAI AURA TERSENDIRI

'BANYAK HATI NAK KENA JAGA'

DULU...
AKU SELALU AMBIL MUDAH TENTANG PERKARA BEGINI..
TETAPI...
SETELAH AKU MERENUNG KEMBALI
SETELAH AKU PERHATIKAN
AKHIRNYA TERUNGKAI...

MENJAGA HATI ORANG YANG KITA SAYANG...
SEPERTI
-HATI KELUARGA
-HATI KAWAN-KAWAN
-HATI RAKAN SEKERJA
-HATI ORANG SEKELILING

SELAGI KITA MAMPU... JAGA LAH DENGAN BAIK....
JANGAN PENTINGKAN DIRI TAPI JANGAN KITA LUPA..
KITA MANUSIA BIASE PASTI AKAN MEMBUAT SILAP...
TANPA SENGAJA...
JANGAN MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS KEBAIKAN ORANG LAIN...
JANGAN MUDAH MERENDAH-RENDAH KAN ORANG LAIN KERANA KELEBIHAN YANG KITA ADA...
JANGAN MUDAH LUPA BILA BERADA DI TAHAP YANG TINGGI, MENDONGAK TINGGI TANPA MENGHIRAUKAN PERASAAN ORANG LAIN..



ANDAI AKU MELAKUKAN KESILAPAN...
ANDAI AKU MENYAKITI HATI..
MAAFKAN LAH DIRI INI...
SESUNGGUHNYA..
AKU HANYA INSAN BIASA DAN TAK SEMPURNA...
TEGURLAH SEKIRANYA TINDAKAN KURANG MENYENANGKAN...

(^_^)




Thursday, 6 March 2014

CEMBURU



HATI...
BANYAK MEMPENGARUHI PERASAAN..
SAYANG, BENCI, RINDU, CINTA, CEMBURU, DAN LAIN-LAIN...

CEMBURU....
HARUS DI TANGGANI DENGAN CARA YANG POSITIF...
BILA HATI DAH SAYANG.. 
TENTU AKAN TIMBUL RASA CEMBURU WALAUPUN HANYA SEKELUMIT...
WALAUPUN TAK DITUNJUKKAN SECARA ZAHIR... 
TAPI... KITA TETAP AKAN MERASAKANNYA..
NAMUN...
JANGAN MUDAH MELATAH... 
KERANA CEMBURU YANG NEGATIF AKAN MEMUDARATKAN...
MUNGKIN AKAN MENJADI PUNCA PERGADUHAN ATAU PERTENGKARAN...

KITA PERLU BIJAK... 
MENGATASI DENGAN CARA....
BERBINCANG...
DAN FIKIR TENTANG KEMBALI..
TENTANG... 
BAGAIMANA IA TERJADI??
MENGAPA IA TERJADI?? 
DAN CARI JALAN PENYELESAIAN....

SEMOGA SEMUANYA TIDAK MENDORONG KE ARAH KEMUDARATAN,... 





Thursday, 9 January 2014

Musuh, Sahabat dan cinta

HARI INI...


SETELAH SEKIAN LAMA PERKENALAN..
SETELAH SEKIAN LAMA BERSAHABAT....

PERMULAAN CERITA..
HANYA SEBAGAI RAKAN SEKELAS...
DAN MENJADI MUSUH PERTENGKARAN....
MEWUJUDKAN KEBENCIAN YANG MENDADAK....
KEMUDIAN....
MUSUH.... MENJADI PERSAHABATAN

SAHABAT
SENTIASA ADA DIKALA MEMERLUKAN..
SENTIASA MEMBERI SOKONGAN DISAAT JATUH..
SENTIASA MEMBAHAGIAKAN..
SENTIASA MEMBERI SEMANGAT TANPA RASA JEMU..
SENTIASA BERUSAHA DAN BUAT YANG TERBAIK..
MUDAH MEMINTA MAAF DAN MEMAAFKAN..
PENYABAR...
BERTANGGUNGJAWAB...

SETELAH SEKIAN LAMA.....
CINTA YANG DI PENDAM..
HANYA KERANA RASA TAKOT...
RISAU.. SEKIRAYA DI TOLAK...
TAPI... RUPANYA...
KEDUA-DUANYA MERASAKANNYA...
TANPA PAKSAAN...
TANPA SEBAB...

SERINGKALI...
PERSOALAN DEMI PERSOALAN...
DIBERIKAN...
KERANA INGIN MENGETAHUI..
APA YANG ADE DLM HATI INI...
DIA..
TERLALU TELITI...
SEBELUM MELUAHKAN HASRAT HATINYA
SEORANG SANGAT PINTAR DALAM MENYUSUN LANGKAH..

AKHIRNYA KINI....
SEGALA TERUNGKAI...
HATI TERUSIK..
PERASAAN CINTA MULA BERPUTIK..
RINDU MULAI TIBA..
YANG DIMULAKAN HANYA SEBAGAI MUSUH..

ADAKAH DIA JODOH KU..??
ADAKAH DIA YANG AKAN MENJADI IMAM KU SUATU HARI NANTI... ??

ALLAH...
SEMOGA PERMUDAHKANLAH URUSAN KU..
SEKIRANYA MEMANG DIA PEMILIK HATI INI...
SEMOGA DIA MENJADI KEKASIH HALAL KU...